Artikel

Setelah LinkedIn – Yahoo Kini Tamatkan Perkhidmatannya Di China

Syarikat teknologi, Yahoo kini mengumumkan penamatan khidmatnya di China – berikutan situasi perniagaan dan perundangan yang semakin mencabar. Ini merangkumi pengenalan perundangan baharu iaitu Perlindungan Maklumat Peribadi yang dikuat kuasakan China.

Langkah tersebut telah disusuli setelah Microsoft  Corp menamatkan operasi LinkedIn di China pada Oktober lalu.

Laporan Reuters menyatakan segala akses kandungan pengguna Yahoo di China telah dihentikan mulai 1 November lalu. Malah semua pengguna Yahoo dan emel AOL diarahkan beralih ke pautan yang lain.

Yahoo memaklumkan pihaknya masih kekal akan prinsip membawa kebebasan dan keterbukaan internet kepada hak pengguna, meskipun telah mencapai keputusan menamatkan khidmat -Yahoo kekal berterima kasih kepada semua pengguna China akan sokongan mereka.

Ternyata gagasan perundangan di China telah memberi kesan kepada persekitaran operasi rangkaian sosial global. Setelah LinkedIn dan Yahoo – entiti yang mana pula melakukan tindakan yang sama.