Arena teknologi kewangan atau fintech kini mengalami perkembangan yang ketara di Malaysia. Pengamatan itu turut diperakui oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sejak tahun lalu.
Di mana menurut Suhaimi Ali – Pengarah Pembangunan Kewangan dan Inovasi BNM, industri fintech negara telah memaparkan pertumbuhan yang pesat. Apabila tahun 2020 menunjukkan peningkatan 165% penyertaan syarikat fintech kepada 20,171 buah perniagaan.
Ini merangkumi perluasan di pasaran daripada e-KYC sehingga insurans digital.
Maka untuk memantapkan landskap negara, BNM di bawah insiatif MyFintech Week 2022 akan di bawa kepada peserta tempatan dan antarabangsa mlai 24 Januari sehingga 28 Januari 2022 kelak.
Dengan bertemakan ‘Memajukan Pendigitalan untuk Pemulihan, Kemampanan dan Keterangkuman‘ – agenda ini akan mendorong pemain industri meneliti kembali peranan insitusi kewangan untuk membantu ekonomi negara ke arah berdaya saing.
Pada pelaksanaan yang sama, turut akan memperlihatkan pelancaran Blueprint Sektor Kewangan 2022-2026 bagi mengetahui kerangka ekonomi Malaysia dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Selain penyertaan industri fintech yang membrangsangkan, komponen pembayaran digital juga turut menunjukkan peningkatan.
Setakat Januari sehingga Ogos 2021 – pertumbuhan pembayaran digital meningkat 44% kepada 4.5 bilion berbanding rekod sebelum pandemik COVID-19. Ini bermakna, alternatif ini suatu peluang yang baik untuk Malaysia dipergiatkan.