Artikel

Lazada Bekerjasama Dengan Grab Di Singapura – Tawar Penghantaran Segera Hari Sama

Lazada, salah satu perkhidmatan edagang popular, kini mengumumkan kerjasama dengan Grab, sekaligus menawarkan perkhidmatan penghantaran pembelian pada hari yang sama.

Kerjasama ini di Singapura sahaja, sekaligus membolehkan pengguna membeli di Lazada, dan menerimanya pada hari sama. Disamping itu, rakan pembawa GrabExpress juga berpeluang menjana lebih pendapatan melaluinya.

Dengan lebih ramai melakukan beli-belah atas-talian, ramai juga inginkan penghantaran segera – sekaligus membuatkan kerjasama ini berbaloi kepada kedua-dua pihak.

Buat masa ini, ia tidak diketahu lagi sama ada Lazada dan Grab akan memperluaskan kerjasama mereka ke negara lain atau sebaliknya.