Artikel

Nestlé Beri Penekanan – Kenaikan Harga Makanan Komoditi Jadi Cabaran Pengeluar

Nestlé kini mulai memberi petunjuk pada laporan suku tahunannya – di mana akan terdapat cabaran pada kenaikan harga makanan komoditi di masa hadapan.

Pihaknya menjangkakan kesan tersebut mulai ketara bermula tahun 2022.

Bagaimanapun, pihak syarikat masih kekal optimis akan aliran pertumbuhan produk kepada pasaran bagi tahun 2021. Pada kenyataan Bursa Malaysia – Nestlé kini mencatatkan keuntungan bersih RM148.02 juta, telah melonjak 15.3%.

Data ini lebih kukuh berbanding rekod tahun 2020 yang memperlihatkan catatan suku ketiga di paras RM128.39 juta.

Sementara bagi segmen hasil suku tahunan pula turut memaparkan peningkatan kepada RM1.44 bilion, mengalami kenaikan peratusan 3.62% berbanding tahun lalu.

Prestasi suku yang baik ini didorong peningkatan pertumbuhan makanan dan minuman yang memaparkan kenaikan 5.5%, manakala perincian bagi jualan domestik (3.4%) serta eksport (4.5%) turut memaparkan lonjakan.