Artikel

Touch n Go eWallet Hadir Dengan Kempen Masa Terhad Pulangan 4% (p.a) Melalui Go+

Touch n Go eWallet kini hadir dengan kempen masa terhad untuk semua pengguna Go+, dimana mereka menawarkan pulangan sebanyak 4% untuk pelaburan melalui Go+ bagi sesiapa yang mempunyai baki sekurang-kurangnya RM200 pada Go+.

Pulangan 4% (p.a) ini ditawarkan sebagai tambahan kepada pulangan harian sedia ada. Jadi, sekiranya pulangan harian adalah sekitar 1.45%, maka pengguna berpeluang mendapatkan pulangan berjumllah 5.45% pada simpanan mereka.

Kempen Go+ terbaru ini akan berlangsung selama 3 bulan, sehingga 31 Januari 2022 kelak. Kempen ini juga mempunyai had sehingga RM4 juta untuk diagihkan, dan selepas had berkenaan dicapai, kempen ini akan ditamatkan.

Bagi anda yang menggunakan Touch n Go eWallet, anda boleh menambah baki anda ke Go+ dan menerima pulangan pelaburan setiap hari mengikut kadar yang ditetapkan pada aplikasi berkenaan.