Firma telekomunikasi Celcom Axiata kini terus memperluaskan agenda khidmat teknologinya dengan mengambilalih Infornt Consulting Group – iaitu syarikat perintis perunding pakar pada sistem pengkomputeran awanan serantau.
Infront memiliki status Gold Partner di bawah Microsoft pada platform awanan dan ia turut diiktiraf sebagai Microsoft Managed Partner bagi peringkat serantau.
Melalui peralihan ini, ia akan memantapkan kedudukan Celcom pada khidmat teknologi dalam memenuhi pemintaan pengguna. Di samping itu, ia turut melengkapkan kekuatan Celcom sebagai syarikat penyedia kesalinghubungan dan penyelesaian bagi perniagaan di Malaysia.
Ini secara langsung membantu, memenuhi matlamat negara dalam kemampanan digitalisasi.