Artikel

Syarikat Induk Sebalik Luno Menerima Suntikan Pelaburan Lebih AS$700 Juta – Pusingan Pelaburan Diketuai Softbank, Alphabet

Syarikat induk Luno, iaitu Digital Currency Group (DCG), kini telah memperolehi pusingan dana pelaburan lebih AS$700 juta (RM2.9 bilion). Perolehan $700 juta itu diketuai oleh SoftBank, termasuk Ribbit Capital dan CapitalG, yang merupakan anak syarikat kepada syarikat induk Google – Alphabet.

Berdasarkan perolehan itu, pusingan dana ini akan menambah nilai AS$25 juta, sejak DCG ditubuhkan pada 2015.

Syarikat turut memaklumkan pendapatan pada 2021 akan melebihi AS$1 bilion, dan ini merangkumi anak syarikat pertukaran kripto – Luno, pengurus aset mata wang digital – Grayscale Investments, pembrokeran utama mata wang digital – Genesis dan pelombong bitcoin – Foundry.

Usaha selanjutnya, DCG merancang meluaskan pelaburan pada pasaran baharu – antaranya tumpuan pelaburan ekuiti awam dan mengembangkan segmen pinjaman dalam industri matawang kripto.