Artikel

Cainiao Aeropolis Tingkatkan Kreadibiliti KLIA – Selaku Hab Pengedaran Asia-Pasifik

Minggu ini memaparkan pelancaran hab elektronik World Trade Platform (eWTP) Cainiao Aeropolis yang secara langsung mengukuhkan kedudukan KLIA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selaku pusat pengedaran Asia-Pasifik.

Perluasan hab ini akan menempatkan ruang pengendali kargo, syarikat peruncitan elektronik serta operator logistik kargo.

Berdasarkan laporan, gudang seluas 1.1 juta persegi itu akan menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi pengeluaran pemasangan, baik-pulih dan pemulangan logistik. Ini secara langsung akan meningkatkan kapasiti bahagian logsitik negara.

Seperti yang umum sedia maklum – hab ini telah mula beroperasi sejak November 2020, dengan kerjasama MAHB 30% dan Alibaba Group 70% pada pelaburan RM500 juta.

Pihak pengurusan menyasarkan kapasiti kargo mampu mencecah sehingga 1.4 juta setahun menjelang tahun 2029 kelak.

Setakat ini, bahagaian kargo KLIA memiliki sekitar 200 peserta dan mengalami penambahan susulan pelancaran tersebut. Khususnya meliputi operator pasaran peruncitan elektronik, automotif, farmaseutikal dan beberapa segmen lain.