Artikel

Moody’s Tingkatkan Jangkaan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2022 – Kepada 5%

Aliran pertumbuhan Malaysia dijangka alami perkembangan, apabila syarikat penarafan antarabangsa – Moody’s kini meningkatkan unjuran ekonomi 2022 kepada 5%.

Sebelum ini, Moody’s telah menurunkan jangkaan pertumbuhan pada tahun hadapan kepada 3.4%. Kini langkah kenaikan telah dilakukan dan ia didorong atas sentimen positif yang dipaparkan pada pembentangan Belanjawan 2022.

Di mana ia berupaya menyokong Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Selain itu, pembukaan dagangan domestik dan antarabangsa bersama kenaikan harga barangan juga diperlihatkan dapat membantu meningkatkan semula ekonomi Malaysia.

Bagaimanapun, peningkatan pertumbuhan ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Moody’s memaklumkan sekiranya sektor perkhidmatan dan pembuatan memaparkan prestasi baik – ia akan meningkatkan lagi kadar pertumbuhan negara.

Seperti yang umum ketahui, peruntukan tahun 2022 adalah paling tertinggi dalam sejarah Malaysia. Berbekalkan jumlah peruntukan RM332.1 bilion – kerajaan optimis menjadikan ia sebagai langkah pemulihan negara memantapkan ekonomi negara.