Elon Musk, individu terkaya di dunia kini telah memaklumkan ketersediaannya untuk menyumbang AS$6 bilion kepada United Nations World Food Program (WFP) – bagi menamatkan krisis kebuluran dunia.
Bagaimanapun, sebagai jaminan – WFP perlu membuktikan bagaimana sumbangan sedemikian dapat membantu dan mengatasi krisis tersebut.
Kenyatan dapat diperlihatkan pada maklum-balas Elon di ciapan David Beasley iaitu Pengarah WFP. Di mana David memaklumkan kenaikan nilai kekayaan Elon berupaya menyelamatkan 42 juta populasi dunia.
Namun Elon menyanggah dan menyatakan sekirnya sumbangan dilakukan – keterbukaan dalam pengurusan wang tersebut haruslah didedahkan secara terbuka. Supaya semua pihak dapat melihat bagaimana dana tersebut dibelanjakan.
Akan tetapi menjelas lanjut, David Beasley menyatakan sumbangan tersebut tidak dalam menamatkan krisis kelaparan dunia tetapi akan mendorong kepada menghalang ketidakstabilan geopolitik, penghijrahan besar-besaran dan menyelamatkan 42 juta orang di ambang kebuluran.
David juga turut menegaskan ketelusan sistem WFP adalah tinggi, Elon boleh menyemak dan laksana kerjasama dengan WFP untuk menikmati sendiri kreadibiliti pengurusan mereka.
If WFP can describe on this Twitter thread exactly how $6B will solve world hunger, I will sell Tesla stock right now and do it.
— Elon Musk (@elonmusk) October 31, 2021