Artikel

Rakyat Malaysia Kini Boleh Miliki Kit Ujian Kendiri COVID-19 Serendah RM6.60

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)Β  Dato Sri’ Alexander Nanta Linggi kini memaklumkan harga kit ujian kendiri COVID-19 kini boleh didapati serendah RM6.90 di pasaran.

Harga tersebut boleh didaati pada pasaraya, kedai serbaneka, serta stesen minyak terpilih.

Lebih menarik, terdapat pengendali premis turut menawarkan harga yang lebih rendah iaitu antaranya adalah 99SpeedMart dan KK Supermart pula menawarkan harga sekitar RM6.60. Perkara ini telah diumumkan sebentar lagi.

Seperti yang dijanjikan KPDNHEP telah memaklumkan penurunan harga ini sebelum Disember 2021. Melalui penawaran sedemikian, akan membantu rakyat Malaysia menjadikan ujian saringan kendiri ini suatu amalan kebiasaan apabila melakukan perjalanan jarak jauh atau mengalami gejala gejala berkaitan.