Tun Dr Mahathir atau mantan Perdana Menteri Malaysia kini memberi penjelasan kepada orang awam – bahawa buat masa ini beliau tidak terlibat dengan mana-mana penyertaan pelaburan berhubung aset digital tersebut.
Menurutnya dalam ciapan Twitter – memperincikan tidak mengguna sebarang matawang kripto dan tidak mengalakkan orang awam terlibat pada penggunaan tersebut.
MATAWANG CRYPTO
1. Saya tidak mengguna matawang crypto. Saya juga tidak galak orang mengguna matawang tersebut. Saya pegang kepada fiat money atau matawang fiat, atau wang fizikal.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 1, 2021
Tun Mahathir masih berpegang kepada keyakinan wang fizikal iaitu nilai fiat tunai.
Penjelasan ini susulan terdapat laporan memaklumkan terdapat penglibatan beliau pada pelaburan tersebut dan mengalakkan orang awam. Perkara tersebut telah dilaporkan dan akan di ambil tindakan segera.