Artikel

Sempena 11.11 – Pos Malaysia Kini Tawar Kadar Penghantaran Serendah RM6.11

Sempena jualan 11.11, Pos Malaysia kini hadir bersama penawaran istimewa kepada para pengguna dengan kadar penghantaran serendah RM6.11 pada kawasan Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak.

Sementara kawasan antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur pula ditawarkan kadar harga RM11.11.

Bagaimanapun penawaran tersebut hanya tertakluk kepada pelanggan yang berkunjung secara fizikal di premis Pos Malaysia bagi bulan November.

Menurut Kumpulan, penawaran telah merangkumi kadar 6% SST dan bungkusan berat sehingga 0.5kg bagi setiap item. Melalui tawaran sedemikian ia akan menyaksikan peningkatan pemintaan pada lebih 3,000 premis kaunter peruncitan Pos Malaysia.

Di samping itu ia turut membantu aliran 1.7 juta produk PKS dan perniagaan mikro kepada rakyat Malaysia.