Artikel

Usul Cukai Khas – Cukai Makmur Sekadar Beri Kesan Negatif Kepada Keuntungan Bank

Pada pembentangan Belanjawan 2022 29 Oktober lalu terdapat usul pengenalan cukai khas iaitu Cukai Makmur ke atas pendapatan tahun kewangan 2022 syarikat.

Di mana di bawah pelaksanaan tersebut keuntungan sebelum cukai (PTP) yang melebihi RM100 juta akan dikenakan cukai pada kadar yang lebih tinggi sebanyak 33% berbanding 24% – pengenaan semasa.

Bagaimanapun, firma penyelidikan CGS-CIMB melihat langkah itu sekadar akan memberi kesan negatif kepada keuntungan bersih bank-bank Malaysia pada tahun kewangan 2022.

Di mana ia akan mengurangkan keuntungan bersih sebanyak 9%. Merangkumi kesan negatif 7% terhadap Maybank hingga 11.1% kepada AMMB.

Tindakan kesan ini akan berlaku susulan ramalan PTP bank dijangka akan meningkat melebihi RM100 juta pada tahun hadapan.

Tidak hanya itu – pertumbuhan pinjaman turut diperhatikan akan meningkat kepada 2.9% pada akhir September 2021. Ia dilihat seiring dengan sasaran negara di bawah unjuran 2.5% sehingga 3.5%.