Artikel

Segmen Pesanan Makanan Terus Jadi Pilihan Rakyat Malaysia – Kini Sumbang Perbelanjaan Sekitar RM3.4 Bilion

Bahagian pesanan makanan Asia Tenggara kini memaparkan aktiviti lonjakan – di mana pada tahun 2020 perbelanjaan keseluruhan bagi 6 buah negara Asia Tenggara telah dianggarkan mencecah RM39.4 bilion.

Lebih menarik di Malaysia sahaja sumbangan perbelanjaan menerusi segmen pesanan makanan secara menyeluruh adalah sekitar RM3.4 bilion. Ini suatu permintaan yang tinggi diperlihatkan.

Data melalui tinjauan Food Trends Report 2020/21 Grab Malaysia pada minggu lalu telah mendedahkan kenyataan itu dengan memperincikan – ternyata pilihan makanan rakyat Malaysia adalah Nasi Lemak, Nasi Ganja (utara), Ikan Bauhulu (timur) dan Nasi Ayam Penyet.

Selain itu, laporan juga turut mendedahkan sekitar 44% pengguna GrabFood menyatakan pendirian mereka untuk berbelanja lebih bagi pembelian makan yang lebih sihat.

Melihat pada permintaan tersebut Grab Malaysia menyatakan ini peluang yang baik buat para pengendali restoran untuk menawarkan makanan yang lebih sihat atau sajian alternatif seperti kurang garam, kurang gula serta penawaran ramuan organik.

Menerusi pilihan tersebut – ia secara langsung akan mengembangkan pangkalan data maklumat pengguna kepada pengendali restoran.

Selain permintaan ini, terdapat beberapa lagi peningkatan lain yang diperlihatkan oleh pengguna Grab Malaysia:

  • 70% pengguna gemar memesan makanan kepada keluarga, data ini lebih tinggi berbanding 2019 iaitu sekitar 60%
  • Setiap pesanan GrabFood semakin meningkat 20%
  • Pesanan Kopi dan Teh telah meningkat 6X ganda
  • Pengendali makanan dan minuman – yang melampirkan gambar menu memaparkan lonjakan jualan 3X ganda

Berdasarkan pemerhatian juga – 46% rakyat Malaysia turut gemar memilih pilihan cara makan diluar dan penghantaran atau pembungkusan. Ini secara jelas menunjukkan segmen pesanan makanan akan terus melonjak dan meningkat dari semasa ke semasa.