Artikel

Permintaan Vaksin COVID-19 – Cetus Lonjakan Pendapatan Pembekal Sekitar AS$11.86 Bilion

Aliran suku ketiga tahun 2021 dijangka akan memperlihatkan hasil pendapatan yang lebih tinggi, dipaparkan oleh syarikat gergasi farmaseutikal seperti Pfizer, Moderna, J&J dan beberapa pengeluar.

Ini kerana permintaan vaksin COVID-19 terus meningkat – susulan memenuhi kapasiti dos penggalak, dos terhadap kanak-kanak mengikut peringkat umur di seluruh dunia.

Bagi separuh pertama 2021 – Pfizer Inc PFE dan Moderna Inc MRNA telah memaklumkan jumlah jualan kolektif bekalan mereka telah mencecah AS$17.2 bilion. Angka tersebut disasarkan akan meningkat kepada AS$18 bilion bagi tahun ini.

Sementara J&J pula melaporkan jualan bekalan bagi suku ketiga telah melebihi AS$500 juta – ia lebih tinggi berbanding rekod separuh pertama 2021 yang menunjukkan AS$264 juta.

Bagi skop pendapatan pula – pemerhati ekonomi melihat kadar pendapatan syarikat farmaseutikal ini akan terus melonjak untuk suku ketiga dan suku keempat. Sebagai contoh separuh pertama 2021, Pfizer telah memiliki perolehan AS$11.3 bilion pada agihan bekalan Comirnaty (vaksin) dan ia dijangka akan mencecah AS$11.86 bilion bagi suku ketiga ini.

Ramalan ini akan terus meningkat pada suku keempat dan tahun 2022. Di mana pada laporan, pengeluar Pfizer dan Moderna sahaja dijangka dapat mencapai AS$21 bilion menjelang akhir tahun ini.