Tengku Zafrul, Menteri Kewangan Malaysia kini memaklumkan – tidak hanya isi rumah B40 sahaja yang menerima manfaat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) – tetapi ia turut merangkumi penyaluran bantuan kepada individu Bujang dan M40 kelas pertama (M1) pada bantuan tersebut.
Sidang pembentangan Belanjawan 2022 semalam (29 Oktober), terdapat perincian pada BKM, di mana – isi rumah B40 berpeluang menerima bantuan tunai sehingga RM2,000. Manakala M40 bagi M1 pula berupaya menerima bantuan sehingga RM500.
Ini perinciannya:
B40 – Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500
- Tiada anak – akan menerima dana RM1,000
- Miliki 1-2 anak – akan menerima dana RM1,500
- Miliki 3 anak – akan menerima dana RM2,000
B40 – Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM4,850
- Tiada anak – akan menerima dana RM400
- Miliki 1-2 anak – akan menerima dana RM600
- Miliki 3 anak – akan menerima dana RM800
M40 – Isi Rumah Berpendapatan RM4,851 – RM5,000 (kelas M1 sahaja)
- Tiada anak – akan menerima dana RM400
- Miliki 1-2 anak – akan menerima dana RM600
- Miliki 3 anak – akan menerima dana RM800
Bujang – Berpendapatan Kurang RM2,500
- Menerima dana RM350
Setelah isi rumah – warga Bujang juga turut menerima agihan tunai, diikuti bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.
Selain itu, bantuan tambahan sebanyak RM300 lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.
Berdasarkan penjelasan ini sekitar RM8.2 bilion diperuntukan dalam BKM dengan memanfaatkan sejumlah 9.6 juta penerima. Menurut Tengku Zafrul, perincian lanjut akan menyusul dan dikemas-kini dari semasa ke semasa. Mari sama-sama kita nantikan penjelasan tersebut.