Untuk mengembalikan keupayaan ekosistem perniagaan negara – pentadbiran Malaysia kini mengambil-kira pelbagai cadangan dan pandangan pemain industri untuk mempergiatkan momentum pertumbuhan negara.
Menyedari kepentingan itu, pada pembentangan Belanjawan 2022 – Tengku Zafrul Menteri Kewangan memaklumkan penyediaan Program SemarakNiaga selaku skim pembiayaan untuk membantu ekosistem perniagaan Malaysia.
Skim berjumlah RM40 bilion ini dilihat berpotensi memanfaatkan warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS), peniagaan mikro, usahawan dan syarikat tersenarai awam.
Faedah skim ini akan memperlihatkan tawaran seperti pinjaman langsung, jaminan pembiayaan serta suntikan ekuiti untuk membantu aliran ekonomi negara.