Artikel

130,000 Remaja Wanita B40 Terima Manfaat Kit Kebersihan Peribadi – Termasuklah Tuala Wanita

Golongan miskin negara sememangnya terdedah dengan pelbagai ketirisan keperluan asas. Ini merangkumi keperluan kebersihan peribadi, khususnya wanita.

Berdasarkan pengamatan Kerajaan Persekutuan – dianggarkan sekitar 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 di Malaysia tidak mendapat akses kepada produk kebersihan seperti tuala wanita atas sebab kekangan kewangan.

Oleh itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita golongan B40.

Selain itu, berhubung segmen kesihatan wanita pula – sejumlah lebih RM11 juta disediakan sebagai subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi untuk melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.