Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan kini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat Gred56 dan ke bawah dengan perolehan RM700.
Tidak hanya itu, 1 juta pesara Kerajaan juga akan menerima RM350 dengan implikasi Kewangan sebanyak RM1.3 bilion.
Menerusi bantuan ini, kerajaan mengharapkan ia mampu membantu aliran kewangan penjawat awam – meskipun dalam tempoh pendek.