Artikel

Petugas Barisan Hadapan, Penjawat Awam Kini Terima Manfaat – Gantian Cuti Rehat Dinaikkan Kepada 160 Hari

Memahami pengorbanan petugas barisan hadapan bersama penjawat awam negara – yang terpaksa bertugas ketika sekatan dan era pandemik COVID-19 – kini kadar gantian cuti rehat (GCR) dinaikkan.

Di mana sebelum ini, gantian cuti rehat hanya di maksimum di paras 150 hari. Kini kerajaan menaikkan gantian cuti rehat kepad 160 hari.

Selain itu, penebusan awal GCR turut dibenarkan sehingga 50% iaitu 80 hari kepada petugas yang terlibat. Kemudahan ini mengambil kira keperluan mereka untuk menunaikan haji dan mebiayai pengajian tinggi anak.