Artikel

Lebih 26,000 Majikan Pelancongan – Terima Manfaat RM600 Juta Pada Program Subsidi Upah Bersasar

Kerajaan memahami kesulitan majikan sektor pelancongan ketika ini – terpaksa menanggung pelbagai kos tergantung. Maka untuk itu, pelaksanaan Program Subsidi Upah Bersasar akan dilakukan dengan peruntukan RM600 juta kepada syarikat dan pekerja yang terlibat.

Di bawah perancangan ini ia berpotensi memanfaatkan lebiih 26,000 majikan berserta 330,000 pekerja di Malaysia.

Usaha ini akan terus dilaksanakan untuk memastikan segala inisiatif kerajaan dapat membantu pengawalan kadar pengangguran negara.