Artikel

Kerajaan Peruntuk RM100 Juta Geran Padanan – Sasar Rancakkan Arena Aeroangkasa Malaysia

Susulan perolehi insipirasi pada kepesatan Aerodyne sebuah syarikat tempatan di persada antarabangsa – Kerajaan kini ingin memperkasakan penyertaan pada bidang aeroangkasa.

Di mana, peruntukan agihan geran padanan perniagaan sejumlah RM100 juta akan disalurkan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera untuk mempergiatkan operasi mereka dalam industri ini.

Untuk makluman, tindakan ini selari dengan RMK-12 – di mana industri aeroangka turut disasarkan jana pendapatan sekitar RM30 bilion dan menjangkakan lebih 30,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan menjelang akhir 2025.