Artikel

Kerajaan Melanjutkan Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Penumpang CKD, CBU – Sehingga 30 Jun 2022

Sejak Jun 2020, Malaysia telah melaksanakan pengecualian cukai jualan kenderaan CKD dan CBU bagi industri automotif.

Melihat rangsangan yang baik pada pemintaan pasaran kenderaan negara – kini kerajaan pada Belanjawan 2022 akan melanjutkan sokongan pengecualian cukai tersebut sehingga 30 Jun 2022 kelak.

Di mana pengecualian cukai 100% CKD dan pengecualian cukai 50% bagi CBU. Lanjutan 6 bulan ini dijangkakan akan membantu industri automotif negara kembali melonjak.

Pendekatan ini akan membantu pemain industri automotif menampung tunggakan permintaan sebelum ini, dan memenuhi permintaan dikala negara ke arah pemulihan.