Artikel

Belanjawan 2022 : Kerajaan Beri RM150 Kepada Belia Malaysia Berumur 18-20 Tahun Melalui eDompet

Bagi terus merancakkan penggunaan nirtunai untuk transaksi, untuk tahun 2022, kerajaan dilihat meneruskan inisiatif pemberian kredit edompet. Untuk tahun 2022, ia dikenali dibawah program dinamakan sebagai eStart (e-Skim Transaksi Tanpa Tunai).

Melaluinya, sejumlah RM300 juta diperuntukkan, yang mana dijangka memberikan manfaat kepada sekitar 2 juta belia di Malaysia. Sebanyak RM150 akan diberikan kepada setiap belia, yang berumur antara 18 ke 20 tahun, dan juga untuk para pelajar sepenuh masa di IPT. Dana ini akan disalurkan kepada para belia melalui penggunaan dompet digital terpilih.

Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkenaan kaedah pemberian dan pelaksanaan program eStart ini pada 2022 kelak.