Artikel

Elaun Latihan Industri Kini RM900 – Majikan Perlu Bantu Belia Tingkatkan Ekosistem Ekonomi Malaysia

Belia, iaitu pemuda dan pemudi adalah permata Malaysia. Maka untuk menghargai potensi mereka kepada industri – kini penetapan elaun Latihan Industri Belia adalah sekitar RM900.

Penetapan ini memerlukan sokongan para majikan. Di mana sekiranya majikan melaksanakan tindakan itu – pihak majikan akan menerima insentif RM900 selama 6 bulan.

Perkara ini untuk merangsang kemahiran belia ke atas sektor ekonomi negara. Diharap peranan pengurusan dan majikan dapat membantu Malaysia mengembalikan keyakinan belia akan kredibiliti ekonomi negara.