Seperti yang umum sedari, menjelang tahun 2030 Malaysia akan berganjak ke arah klasifikasi negara masyarakat menua.
Untuk depani risiko sedemikian, Menteri Kewangan Tengku Zafrul pada pembentangan Belanjawan 2022 menyatakan ketersediaan Malaysia untuk memperuntukkan RM635 juta bagi sokongan berterusan perlindungan sosial.
Ini merangkumi bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.
Untuk makluman, unjuran menjelang tahun 2045, negara akan memperlihatkan peningkatan usia penduduk daripada masyarakat menua kepada masyarakat tua dalam tempoh 25 tahun. Iaitu nisbah 1 dalam 7 penduduk di Malaysia adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas.
Sementara unjuran bagi tahun 2060 pula – menyasarkan Malaysia memiliki masyarakat yang sangat tua, iaitu nisbah 1 dalam 5 penduduk adalah berusia 65 tahun dan ke atas. Bagaimanapun kebimbangan ketara adalah – risiko ini tiak seiring dengan pendapatan per kapita.