Artikel

JaminKerja – Sediakan 600,000 Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

Kerajaan kini mewujudkan platform JaminKerja iaitu inisiatif untuk membantuk rakyat Malaysia bagi mengurangkan kadar pengangguran yang kini di paras 4.6%.

Melalui inisiatif ini ia berupaya memanfaatkan 600,000 peluang pekerjaan kepada semua pihak.

Di samping itu, Tengku Zafrul pada pembentangan Belanjawan 2022 menyatakan – peruntukan sekitar RM4.8 bilion disalurkan untuk membangunkan peluang pekerjaan kepada sektor ekonomi Malaysia.

Berdasarkan sistem agihan gaji di bawah JaminKerja bersama PERKESO, ia akan fokus kepada penawaran terhadap individu tidak aktif berkerja dengan sasaran 300,000 peluang pekerjaan dijangkakan.