Seiring dengan tema Belanjawan kali ini iaitu Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera – pada sidang pembentangan Belanjawan 2022 di sidang Parlimen hari ini (29 Oktober) Tengku Zafrul memaklumkan perkembangan ekonomi bagi tahun hadapan akan meningkat.
Di mana kenaikan unjuran merangkumi 5.5% sehingga 6.5%. Meskipun pertumbuhan ekonomi tahun ini masih ditahap sederhana dan perlahan – namun pembukaan ekonomi dan perancangan pembukaan sempadan bersama pihak antarabangsa.
Ketika ini Bank Negara Malaysia menetapakan unjuran pertumbuhan adalah kitaran 4%. Ini seiring dengan pengamatan Bank Dunia sejak Ogos lalu. Bagaimanapun sentimen positif ini mampu meningkatkan kembali aliran pelaburan negara.
