Artikel

FGV Kini Sedia Khidmat Pengangkutan Rantaian-Sejuk, Bagi Penuhi Pemintaan Logistik

FGV Holding Berhad kini meluaskan segmen logistiknya di bawah FGV Transport dengan memperkenalkan khidmat pengangkutan rantaian sejuk bagi memenuhi permintaan simpanan penyejukan barangan – untuk hindari kerosakan.

Usaha ini seiring dengan lonjakan permintaan disebabkan arena atas talian dan kemajuan platform e-dagang.

Berdasarkan kenyataan nilai pelaburan awal bagi peruntukan adalaha sekitar RM8.3 juta – di mana beri tumpuan melindungi suhu untuk produk tenusu, buah-buahan, daging, saur-sayuran, bahan sejuk beku, makanan lauk serta produk e-dagang yang berkaitan.

FGV pada usaha tersebut, kekal optimis untuk membantu kumpulan meningkatkan aliran pendapatan mereka. Setakat ini kapasiti yang dikendalikan FGV adalah 7.5 tan barangan di bawah sejuk beku.

Melalui perluasan itu, ia dapat ditingkatkan muatan kepada pemilikan 17 lori sejuk beku menjelang 2023 dengan anggaran RM4 juta pada segmen.

Buat masa khidmat pengangkutan tersebut tersedia untuk operasi di Lembah Klang, bagaimanapun ia akan diperluaskan kepada Johor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang kelak.