Melalui pengamatan penyelidikan Business Financing, UK berdasarkan landskap bank digital pilihan di seluruh dunia – bagi Malaysia, ternyata BigPay mengungguli carian tersebut.
Perkara itu didasari berasakan kata kunci dan pengumpulan data carian yang terdapat di Google.
Pengiktirafan tersebut secara tidak langsung memperlihatkan peranan BigPay pada arena bank digital negara telah berjaya memanfaatkan lebih 1.9 juta rakyat Malaysia.
Berdasarkan perancangan semasa BigPay, pelbagai penawaran khidmat baharu akan dilancarkan tidak lama lagi – ini merangkumi penawaran pinjaman, simpanan mikro serta perkhidmatan kewangan kepada PKS dan pekerja ekonomi gig.
Selain itu, ke arah perluasan entiti – BigPay juga pada Ogos lalu telah memaklumkan perolehan pembiayaan sehingga AS$100 juta daripada SK Group iaitu konglomerat Korea Selatan untuk perkembangan pasaran di Asia Tenggara.
Sementara itu, negara jiran seperti Singapura pula memperlihatkan pilihan carian YouTrip, Thailand – TMRW, Filipina – Coins dan Indonesia pula Jenius.