Ketidakaturan dalam pengurusan tunai secara langsung telah menyebabkan Malaysia alami kerugian, kehilangan dana awam dan pembaziran sekitar RM620.07 juta bagi tahun 2020.
Mengikut laporan susulan pembentangan Penata Kewangan Persekutuan dan Pengauditan Tahun 2020 di sidang Dewan Rakyat- Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman pada 28 Oktober, memperlihatkan sekitar RM510.49 juta pembayaran tidak teratur di mana RM499.19 juta merangkumi tuntutan perkhidmatan tanpa pengesahan di MKN – Majlis Keselamatan Negara.
Tidak hanya itu, aliran lain yang dapat dilihat;
- RM104.79 juta kerugian dana awam
- RM81.69 juta penalti belum dituntut – tidak dikenakan Jabatan Imigresen
- RM4.79 juta kerugian meliputi peralatan lewat diterima dan tidak dipasang di Istana Negara
Selain itu, laporan turut memaparkan pengauditan pematuhan melibatkan jumlah RM899.44 juta telah dilakukan ke atas 3 kementerian da 5 jabatan persekutuan, di mana;
- Pengurusan kontrak – RM772.40 juta
- Perolehan Kerajaan – RM54.8 juta
- Kutipan hasil – RM72.24 juta
Manakala hutang kerajaan pada 2020 pula mencatatkan kadar 62.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu bersamaan RM879.56 bilion – ini meningkat lebih 10% berbanding tahun 2019. Bagi perincian lanjut laporan tersebut boleh diakses oleh orang awam pada pautan Jabatan Audit Negara untuk penjelasan terperinci.