VeVe, penyedia aplikasi koleksi digital sebahagian daripada Ecomi iaitu firma rantaian-blok Singapura yang diasaskan sejak 2018 – kini bersama Disney menawarkan koleksi digital NFT atau non-fungible token kepada pengguna.
Aturan ini adalah usaha mempromosikan saluran penstriman Disney+ kepada pasaran. Di mana, di bawah koleksi Golden Moments – pembeli NFT akan memperlihatkan figura emas yang terdiri daripada pelbagai watak Disney secara koleksi digital.
Ia akan mula dikeluarkan pada platform VeVe pada sambutan Hari Disney+ iaitu 12 November, bulan hadapan. Apa yang menarik, paparan koleski digital tersebut akan menyertakan promsi langganan terhad 3 bulan di bawah penstriman Disney+ kepada pembeli NFT terpilih.
Selain figura watak Disney, paparan koleksi digital juga turut akan memperlihatkan watak seperti Marvel (SpiderMan), Pixar (Toy Story, Nemo, The Incredibles), Star Wars dan lain-lain.
Buat pengetahuan umum, akses Disney+ ini hanya terhad kepada Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Australia, Belanda, Sepanyol, Mexico, dan Singapura sahaja.
Bagaimanapun, watak tertentu yang akan ditawarkan masih belum didedahkan. Sebarang makluman lanjut – orang awam boleh layari pautan VeVe untuk perincian seterusnya.
Untuk makluman NFT – adalah token digital yang tidak boleh ditukar gantik seperti aset digital yang lain. Memahami pasaran NFT ini ia boleh hadir dalam pelbagai jenis item digital seperti tanda dagangan (trademark), lukisan, lagu atau koleksi yang unik.
Fakta asas yang wajar diketahui umum adalah ia tidak moleh diciplak atau alami pertukaran. Ia memiliki kod tersediri dan terdapat data berhubung sejarah pemindahan-milik, untuk memastikan ketulenan aset digital tersebut.
Ini bermakna ciri keselamatannya tinggi dan nilai aset yang dipaparkan dipengaruhi berdasarkan permintaan serta penawaran pasaran.