Artikel

Merck Jangka Terima Pulangan Sehingga AS$7 Bilion Bagi Permintaan Pil Molnupiravir – Menjelang Akhir 2022

Merck & Co Inc, syarikat perubatan dan penyedia pil ubatan COVID-19 kini dilihat berpotensi menghasilkan pulangan sekitar AS$5 bilion sehingga AS$7 bilion – menjelang akhir tahun 2022.

Ramalan ini dijangka berlaku apabila miliki kelulusan FDA Amerika Syarikat (AS) pada Disember kelak.

Seperti yang umum sedari – jualan pil antivirus iaitu ubatt molnupiravir kini telah menerima sambutan yang baik daripada beberapa negara, termasuklah Malaysia. Di mana pada awal Oktober lalu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah menandatangani pembelian merangkumi pakej 150,000 pil molnupiravir.

Semua pihak perlu sedari, keperluan vaksin masih diutamakan – ia kerana peranannya dalam mengurangkan jangkitan dan mencegah tubuh badan daripada menerima jangkitan yang lebih teruk. Sementara pil Molnupiravir pula tidak berfungsi mencegah ia bermanfaat kepada pihak yang telah dijangkiti sahaja.

Berdasarkan aliran bekalan global – Merck menyatakan permintaan akan terus meningkat apabila penggunaan ubatan tersebut didapati berkesan ke atas pesakit COVID-19.

Pemintaan pada tahun ini, dijangka berupaya menghasilkan pulangan sehingga AS$1 bilion.