Seiring dengan pemintaan logistik yang terus meningkat, DHL Express kini mengumumkan pelaburan RM200 juta – bagi pembinaan pintu laluan penyusunan automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kemudahan pengaturan automatik ini adalah rangkaian kedua yang dibina syarikat bagi Asia Tenggara DHL Express – selain negara Singapura.
Menerusi kelengkapan pintu laluan seluas 13,422 meter persegi yang bertempat di Terminal Kargo Udara KLIA 1 ini akan membantu syarikat meningkatkan kapasiti pengendalian baranan, penghantaran melebihi 400%.
Berdasarkan sasaran, kemudahan ini juga berupaya mengendali 10,000 bungkusan dalam tempoh sejam dan berfungsi setiap masa. Ini lebih efisien berbanding kapasiti terkini 2,400 bungkusan dalam tempoh sejam.
Mengikut perancangan, pembinaan laluan ini akan tersedia menjelang suku pertama 2023 kelak.