Malaysia kini menjadi pilihan, pada kedudukan antara lokasi popular untuk aktiviti perlombongan bitcoin dijalankan.
Pada laporan Wall Street Journal (WSJ) minggu ini, memperlihatkan antara lokasi lain yang turut menjadi pilihan adalah Kazakhstan, Iran dan Rusia. Namun pendahulu kekal menampilkan Amerika Syarikat (AS) dan China.
Ketika ini pasaran AS memaparkan kepantasan untuk tampil selaku hab global baharu dalam perlombongan bitcoin.
Ini kerana situasi yang melanda susulan aturan tegas kerajaan China telah mendorong para pelombong mempertaruhkan akses yang boleh dipercayai kepada tenaga, ramalan pengawalseliaan persekitaran di AS.
Pada laporan tersebut juga, WSJ turut menyatakan penyertaan pada perlombongan bitcoin dilihat langkah yang baik dan menguntungkan. Ketika ini, nilai aset digital tersebut mencapai kira-kira AS$60,000.