Kini para pengguna boleh menikmati kad prabayar Visa bersama Touch ‘n Go eWallet – dengan memiliki pelbagai ganjaran.
Berdasarkan laporan Amanz – kerjasama strategik tersebut bakal ditawarkan dan dibawa kepada pengguna mulai tahun hadapan, 2022.
Menerusi penawaran kad prabayar Visa ini ia akan memperlihatkan kesaling-hubugan bersama TNG eWallet pengguna. Ini bermakna para pengguna boleh berbelanja pada kedai fizikal yang tidak menawarkan khidmat nirtunai (tanpa tunai).
Lebih menarik, kerjasama ini turut membenarkan para pengguna mengeluarkan baki daripada dompet digital menerusi mesin ATM yang menyokong VISA.
Adanya aturan ini – ia sudah pasti bakal merancakkan aliran perbelanjaan negara disamping memanfaatkan kemudahan teknologi dalam transaksi digital negara.