Artikel

Visa Atasi Sasaran Perbelanjaan Susulan Pembukaan Sempadan – Tetapi Pasaran Asia Kekal Perlahan

Visa kini meneliti momentum aliran pertumbuhan pengguna mereka. Berdasarkan sasaran, penggunaan Visa akan mengalami peningkatan semula pada pasaran Eropah – susulan pembukaan ekonomi seperti pusat membeli-belah dan pembukaan sempadan perjalanan.

Lebih menarik, ramalan perolehan bersih bagi suku pertama 2022 adalah tertumpu kepada perbelanjaan golongan muda diikuti penggunaan Visa pada perjalanan antaranbangsa dengan sasaran 38% lonjakan.

Sehingga kini aliran aktiviti debit dan paltform e-dagang masih mengatasi dalam perolehan suku tahunan Visa – walaupun aktiviti penggunaan kad kredit semakin memaparkan pemulihan.

Bagaimanapun fasa pemulihan ini masih terlalu awal untuk pasaran Asia-Pasifik. Ini kerana penutupan sempadan masih berlaku bagi negara tertentu, termasuklah Malaysia.

Visa melihat pembukaan sempadan negara-negara utama di Asia akan menjadi pemboleh ubah utama bagi syarikat – meraih kembali rentak perbelanjaan dan penggunaan kad.

Setakat ini, perancangan Visa untuk kembali meraih pemulihan ‘normal’ adalah dijangka berlaku pada musim panas tahun 2023 kelak.