Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah pemain utama dalam arena ekonomi Malaysia – dengan sumbangan hampir 40% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ini menjadi keutamaan Maybank untuk terus memperkasakan aliran kumpulan tersebut.
Kini Maybank telah memberikan bantuan pembayaran semula bernilai RM20 bilion kepada lebih 26,000 akaun pinjaman PKS yang telah terjejas, pada awal COVID-19 sehingga 30 September lalu.
Usaha pembiayaan ini bukanlah perkara baharu bagi Maybank, ia telah mula dilaksanakan sejak 2019 lagi iaitu sebelum tibanya krisis kesihatan di negara.
Setakat ini hampir 60% PKS di Malaysia adalah pelanggan Maybank dan telah menerima kemudahan pembiayaan serta dana sokongan untuk kelangsungan operasi mereka.
Selain PKS, kumpulan startup dan perusahaan mikro (PKS Mikro) juga turut dibantu Maybank bagi segen pinjaman. Usaha ini di bawah aturan inisiatif digital Maybank untuk membolehkan mereka miliki kemudahan pembiayaan.
Antara kemudahan pembiayaan digital adalah SME Digital Financing -yang menawarkan pembiayaan sekitar RM10,000 sehingga RM250,000. Susulan inisiatif digital – Maybank kini telah memiliki lebih 63,000 akaun perniagaan dibuka melalui Maybank2u.