Artikel

Coca-Cola Jangka Ketidaktentuan Bekalan Runcit – Berterusan Sehingga 2022

Sama seperti syarikat gergasi yang lain, Coca-Cola turut berdepan risiko ketidaktentuan bekalan disusuli tekanan pasaran yang lain.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola James Quincey, jangkaan tersebut akan dapat dilihat sehingga menjelang tahun 2022, di mana kekurangan bekalan runcit ini yang jarang sekali berlaku pada entiti.

Walaupun risiko kekurangan rantaian tersebut berterusan sehingga tahun hadapan – namun pihak syarikat kekal optimis pengurangan risiko akan berlaku dari semasa ke semasa. Ini kerana pembukaan ekonomi di seluruh dunia, bakal menyeimbangkan kembali aliran pertumbuhan.

Selain berdepan isu rantaian bekalan – Coke turut alami tekanan kos komoditi yang tinggi, kekurangan tenaga buruh dan tanggungan kos gas serta kos loji plastik di beberapa cawangan Eropah dan Brazil.

Meskipun syarikat tidak dapat melenyapkan ke semua cabaran, namun strategi jangka masa panjang Coca-Cola akan menjadi sandaran mereka – mengemudi rangkaian di seluruh global.