Artikel

Twitter Umum Kerugian Bersih AS$537 Juta – Setelah Selesaikan Tuntutan Kekeliruan Bersama Pelabur

Twitter kini mencatatkan kerugian bersih AS$537 juta pada suku ketiga syarikat. Pengumuman itu dilakukan setelah pihaknya menyelesaikan tuntutan saman berhubung dakwaan pelabur, yang menerima maklumat mengelirukan berhubung aliran pertumbuhan pengguna yang perlahan.

Tuntutan tersebut telah difailkan pada 2016 – melibatkan dakwaan di mana, mantan CEO Dick Costolo tidak memberi pendedahan gambaran sebenar situasi syarikat ketika jualan saham Twitter dilakukan.

Selain penyelesaian isu tersebut, Twitter juga kekal alami kerugian operasi sekitar AS$743 juta.

Bagaimanapun, pendapatan suku ketiga Twitter terus memaparkan lonjakan dengan paras AS$1.3 bilion – meningkat 37% berbanding tahun 2020. Ini turut disokong oleh segmen pengiklanan yang mantap iaitu AS$1.14 bilion.