Sejak 2017 lagi, pentadbiran Malaysia telah mula mengorak langkah – menyertai pelaburan dalam mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan industri aeroangkasa. Industri ini memiliki potensi untuk meningkatkan prestasi pekerjaan kemahiran tinggi negara, dan membawa pulangan pelaburan yang tinggi.
Untuk makluman sehingga Jun 2021, nilai pelaburan negara pada industri telah mencecah RM3.8 bilion. Ini membabitkan kelulusan 40 projek pembangunan dan sekitar 4,563 peluang pekerjaan diwujudkan dalam negara.
Setakat ini, Malaysia telah menempatkan lebih 230 syarikat berkaitan aeroangkasa untuk menyokong rantaian bekalan negara, menjana RM16.2 bilion hasil pada 2019. Prestasi yang baik ini telah memperlihatkan negara selaku hab aeroangkasa kedua terbesar di Asia Tenggara.
Bagi tindakan selanjutnya, negara akan mengfokuskan kepada potensi pertumbuhan penghantaran pesawat baharu. Di mana Asia Pasifik dijangka memiliki permintaan yang tinggi pada pasaran ekonomi akan datang. Kini pelaksanaan unit pengurusan penyelidikan di Unit Perancangan Ekonomi negara telah dibentuk untuk meneliti gagasan kepada pertumbuhan tersebut.
Tidak hanya itu, untuk secara menyeluruh di bawah RMK-12 – industri aeroangka turut disasarkan jana pendapatan sekitar RM30 bilion dan menjangkakan lebih 30,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan menjelang akhir 2025.