Artikel

Dutch Lady Peruntuk RM400 Juta – Sasar Perkasakan Segmen Pengeluaran, Hab Tenusu Halal Negara

Pada Disember 2020, Dutch Lady Milk Industries telah memaklumkan peruntukan modal sekitar RM340 juta bagi pembangunan hab tenusu halal di Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan.

Kini pembangunan perbelanjaan tersebut telah mencapai 70% dan akan menjadi tumpuan Dutch Lady untuk memperkasakan daya pengeluaran produknya. Tindakan ini akan membantu pertumbuhan bersama pengeluaran di kilang Petaling Jaya.

Berdasarkan laporan, peruntukan perbelanjaan modal berjumlah RM400 juta akan dilaksanakan untuk beberapa tahun mendatang bagi mengukuhkan lagi kedudukan pengeluaran tenusu. Untuk makluman, susulan sekatan negara sebelum ini – perbelanjaan operasi telah mengalami penangguhan dan itu akan meningkatkan modal bagi tahun 2022.

Selain memperluaskan rangkaian tenusu, peningkatan pada kemudahan teknologi produk juga turut akan dipertingkatkan. Ini selaras dengan matlamat 5 tahun Dutch Lady, untuk membangunkan entiti menjelang 2025.