Artikel

Penyelarasan Harga Bateri Terpakai – Pacu Pemintaan Kenderaan Elektrik Global

Kesepakatan untuk menetapkan piawaian dalam menilai dan harga pada item bateri kenderaan elektrik terpakai ketika ini telah dicapai.

Kini lebih 100 syarikat, kumpulan perniagaan meliputi Ford Motor, BMW dan Denso telah bersetuju akan tindakan tersebut. Langkah ini secara langsung, menjadi aturan pemacuan pada pasaran bateri terpakai bagi kenderaan elektrik.

Berdasarkan laporan Nikkei Asia, kesepakatan ini akan mengalakkan pemintaan jualan kenderaan elektrik – susulan pasaran komponennya memiiki nilai tersendiri.

Untuk makluman setakat ini – tiada piawaian global yang menetapkan penilaian bateri kenderaan terpakai. Menerusi Mobility Open Blockchain Initiative, ia membantu mengukur keadaan bateri terpakai dan akan tersedia untuk kegunaan komersil menjelang 2022.