Suku kedua tahun ini, memperlihatkan Malaysia memiliki jumlah kekosongan jawatan dalam talian yang semakin meningkat – iaitu terdapat 90,502 jawatan yang ditawarkan.
Peningkatan ini mula diperlihatkan sejak suku ketiga tahun 2020.
Dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Insitut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) ini jelas memaparkan beberapa bidang kemahiran sememangnya memerlukan pekerja Profesional (50.8%), Juruteknik dan Profesional Bersekutu (19.2%) serta Pengurus (18.4%)
Sementara itu, bidang pekerjaan lain pula masih memaparkan penawaran, meskipun sedikit menurun berbanding suku pertama 2021.
Manakala mengikut sektor pula, setelah bahagian profesional teknikal dan saintifik – sektor pembuatan serta borong dan runcit menunjukkan penawaran yang tinggi bagi suku kedua 2021. Diikuti bahagian kewangan, perkhidmatan, komunikasi dan pentadbiran dan hartanah.
Seterusnya, penawaran kekosongan mengikut negeri dan wilayah pula memperlihatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan penawaran pekerjaan yang tertinggi (42,163), diikuti Selangor (17,696), Johor (6,403), Pulau Pinang (5,598) dan Perak (1,237).