Artikel

Maklumat Sektor Komoditi Malaysia – Akan Diselaraskan Melalui Data Raya

Bagi meningkatkan pengumpulan sumber maklumat Malaysia berhubung sektor komoditi, negara kini akan memanfaatkan peranan data raya (Big Data) secara berpusat.

Tindakan itu akan membantu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) negara menyelaraskan maklumat penting untuk mengetahui gerak-kerja industri di bawah pengendaliannya.

Langkah pengumpulan maklumat itu turut perolehi sokongan daripada penggunaan dron, untuk meninjau keluasan kawasan sektor komoditi. Setakat ini, negara menggariskan jumlah kawasan tanaman sawit adalah pada 6.5 juta hektar. Melalui kaedah data raya, ini akan membantu pembaharuan data dari semasa ke semasa.

Tidak hanya melibatkan tanaman sawit, itu turut meliputi semua segmen komoditi termasuklah getah.

Manfaat data raya ini juga – akan membantu sektor Malaysia meneliti keluasan sebenar tanaman. Sekiranya ia tidak mencapai had yang ditetapkan, perluasan tambahan dapat dilakukan negara.

Selain itu, produktiviti peladang negara juga dapat dipantau berhubung daya pengeluaran dan operasi mereka pada sektor negara.

Untuk makluman pada 2017, industri kelapa sawit Malaysia mencatatkan sumbangan 3.8% daripada KDNK Malaysia, atau RM44.8 bilion, menjadikannya penyumbang pertanian terbesar negara. Melalui penerapan data raya dan sokongan teknologi lain – ia tidak sekadar membantu memperincikan sumber maklumat negara, tetapi turut memacukan pertumbuhan sektor komoditi Malaysia.