Tesla sedia memperlihatkan peningkatan harga saham yang positif sepanjang tahun ini, dan kini ia menjadi syarikat automotif pertama di dunia yang melangkaui nilai pasaran sebanyak $1 trilion.
Dengan nilai ini, ia sekaligus membuatkan Tesla setara dengan pelbagai syarikat bernilai trilion lain seperti Apple, Microsoft, Alphabet (Google) dan juga Amazon.
Peningkatan nilai saham Tesla ini selari dengan tempahan syarikat sewa kenderaan gergasi, Hertz sebanyak 100,000 kenderaan Tesla.
Secara tidak langsung, ini turut meningkatkan lagi nilai kekayaan Elon Musk, yang kini berjumlah sekitar $252 bilion.