Artikel

Mastercard, Bakkt – Kini Bersedia Membenarkan Bayaran Kriptowang Kepada Pengguna

Ekonomi mata wang kripto, iaitu sebuah pasaran aset digital dunia kini semakin berkembang dan mulai mendapat perhatian – antaranya tumpuan Mastercard sejak Februari lalu.

Mastercard, kini sedang bersedia mengumumkan bahawa mana-mana perbankan serta rangkaian pembayaran berupaya menyepadukan kripto ke dalam produk mereka tidak lama lagi.

Ini bermakna, kelak bank akan dapat mengeluarkan kad debit atau kredit yang membolehkan orang awam membayar dengan bitcoin dan memperoleh mata wang kripto sebagai ganjaran.

Konsep perolehan ganjaran kripto ini juga kelak – turut digambarkan dapat digunakan oleh para pengguna dalam program kesetiaan, seperti mata ganjaran penerbangan dan perhotelan dapat ditukarkan kepada bitcoin.

Menurut Sherri Haymond, Timbalan Presiden Eksekutif Perkongsian Digital Mastercard – aturan usaha bersama Bakkt, firma kripto ini bertujuan beri kemudahan kepada institusi kewangan seperti perbankan, rakan fintech dan platform pembayaran untuk memiliki akses mata wang kripto dalam khidmat mereka.

Di mana perkongsian itu turut membenarkan peniaga dan restoran – mula menawarkan ganjaran dalam bitcoin dan bukannya mata tradisional. Mata sedia ada, boleh ditukar kepada kripto pada kadar yang ditetapkan oleh syarikat yang mengambil bahagian, memberikan pelanggan keupayaan untuk memperolehi ganjaran.

Adanya penerapan sedemikian – ia akan membenarkan pengguna memperolehi, dan membelanjakan kripto pada pasaran negara.

Untuk makluman, Mastercard menjalankan rangkaian pembayaran global yang dominan bersama Visa dan memiliki ikatan lebih daripada 20,000 institusi kewangan di seluruh dunia. Terdapat 2.8 bilion Mastercard yang digunakan ketika ini.