Artikel

Kemasukan 32,000 Pekerja Asing Akan Diluluskan – Bagi Sektor Perladangan

Ketirisan tenaga buruh pada sektor perladangan negara, seharusnya di atasi segera – bagi mengimbangi pengeluaran dan daya produktiviti operasi.

Kini, Malaysia menyatakan ketersediaan untuk membenarkan kemasukan 32,000 pekerja asing pada sektor perladangan negara. Ini merangkumi penyertaan pekerja asing Indonesia.

Kenyataan ini Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KKPK) menyatakan penjelasan ini telah dinyatakan pada pertemuan Malaysia bersama wakil Indonesia iaitu Kementerian Tenaga Kerja dan Kementerian Perdagangan.

Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dicapai setelah perjanjian persefaham dilakukan dalam tempoh terdekat.

Menerusi tindakan ini, kedua-dua negara disasar dapat memanfaatkan peluang pekerjaan dan kekurangan tenaga sektor dalam pertumbuhan ekonomi.