Artikel

Samsung Papar Minat Pelaburan – Pada Industri Hidrogen Sarawak

Sarawak kini sedang mempersiapkan ekosistem ekonomi negeri bersama pelaburan dari beberapa syarikat multinasional Korea Selatan. Melibatkan pelaburan skala besar pada industri hidgrogen.

Usaha ini dilihat seiring untuk memenuhi pemintaan sumber tenaga global. Di mana berdasarkan tinjauan Kesatuan Eropah – pasaran hidrogen akan mencapai nilai AS$11 trilion dalam tempoh 2030 sehingga 2050.

Ini menjadi suatu penerokaan yang baik buat Sarawak – untuk mempergiatkan usaha hasil penyelidikan industri.

Pada laporan – perancangan tersebut, beberapa syarikat gergasi seperti Samsung, Lotte Chemical dan Posco telah mula memaparkan minat penyertaan mereka dalam industri hidgrogen. Tidak hanya itu, pengamatan tersebut turut diperhatikan oleh pelabur Australia.

Selain itu, Sarawak juga akan terus beri tumpuan pada penerokaan pengeluaran bahan mentah, penapisan minyak dan pemerkasaan dalam sektor perkayuan. Aturan ini akan membantu pertumbuhan menarik lebih banyak pelaburan pada ekonomi negeri.